Feb 22, 2009

Putting Things into Perspective


"Selamat menempuh hidup baru"

Itulah wish yang aku dpt sempena keberangkatan aku ke negeri down under nie. dan tasmania ni plak lagi laaaaaa DOWN UNDER. terima kasih pd semua kawan2 yg memberi ucapan tersebut. namun, bg aku, aku xnk mulakan hidup yang baru. hidup aku masih sama. minat aku masih sama, azam dan cita-cita masih sama, orang2 yang aku sayangi dan hargai masih sama, dan paling penting, kepercayaan dan akidah aku masih sama. jadi tiada istilah 'hidup baru' bagiku. dan tidak ku berniat untuk membuka buku baru, cuma ingin menulis BABAK BARU dalam buku ku..



Menyentuh perihal HIDUP BARU ini, contoh terdekat (atau bagi anda semua, agak jauh gak la...) ialah mangsa2 kebakaran hutan di Victoria, Australia sejak 30 jan. lepas...yes, beribu-ribu drp penduduk victoria (negeri kelahiranku jugak), terpaksa memulakan kehidupan baru. bayangkan kenikmatan yg kita ada hari ini, termasuklah PC yg anda guna utk membaca tulisan ini. atau ibu bapa dn keluarga yg anda baru je telepon/ sms kejap td, atau katil yg anda guna utk tidur semalam. atau segala dokumen penting (bagi budak2 archi, segala portfolio dan hasil kerje anda), hilang mcm tu shj. magnitud bencana ini sebenarnye jauh lebih besar drp yg mendapat liputan di Buletin Utama, TheStar, dsb...imej satelit menunjukkan api marak seperti 'cincin yang membesar, kemudian muncul satu lg di sebelahnya, dan mereka bergabung'...ada juga berkata 'labah-labah berjalan menuju ke arah mangsanya'..pergerakan api kebakaran seolah-olah suatu makhluk hidup...dan yang paling menyakitkan hati ialah 'bencana' ini adalah perbuatan tangan manusia. seorang suspek yg diambil keterangan menyatakan bhw dia 'memang suka menyalakan api sejak kecik'.........tanpa sebab.




Muslims to Muslims are brothers in faith. Muslims to non-Muslims are brothers in humanity.

Marilah mengambil sikap belas kasihan, dan berharap agar mereka dapat memulakan hidup yang baru dengan baik dan aman. pada masa yg sama, jgn lupa utk sentiasa berterima kasih dgn apa yg kita ada...kita sentiasa berada di tengah2.kalau kita rasa kita beruntung dan diberikan nikmat yg banyak serta skill yg mantap, ingatlah bhw ada yg lebih hebat drp kita.dan kalau kita rs kita sgt loser dan xterer dan xhensem dan xde duit dan 'rezeki x melekat', ingtlah bhw ada RAMAI yg lebih malang drp kita.

Allah tidak menimpakan ujian ke atas hambaNya melebihi apa yang mampu dipikul.

Take Two...Fit in

Hmm tajuk di atas adalah slogan sejenis produk pelangsingan badan di pasaran yang aku tak pasti apakah namanya...tetapi agak sesuai untuk dijadikan tajuk entry pertama blog ini.

Take Two - kerana ini cubaan KEDUA aku menulis dan mengekalkan blogspot sendiri...yang pertama adalah absolute failure.sepatutnye blog itu menceritakan pengalaman bekerja aku yang patutnye boleh membantu kawan2 dan adik2 junior sbgai persiapan mengharungi alam pekerjaan yang agak mencabar dan boleh jadi mengelirukan.

Fit In - adalah tema blog kali ini,yang berkisar dan berlatarbelakangkan kehidupan aku di Launceston, Tasmania, Australia. setiap hari usaha aku adalah untuk fit-in dengan surrounding baru aku. sama ada dari segi sosial life, academic, mahupun living/ survival skill. dan jugak boleh dijadikan panduan bagi mereka2 yg berhajat meneruskan pengajian di luar negara satu hari clark.

so here's hoping that blog ini bertahan lama, dan berupdate sentiasa.

sekian