Mar 7, 2009

Ohhh Mari Bercerita


Ini kisah dahulukala...

Seorang pemuda kacak dari negara sekian sekian memcuba mengangkat maruah diri dan keluarganya dgn bertekad untuk pergi mengembara. atas dasar cintakan ilmu dan mahukan pembaharuan dan cabaran, maka sang pemuda berangkat ke negeri asing yang tiada ketahuan akannya akan perihal manusia di sana. apa yang diketahui olehnya hanyalah keinginan dan azam yang kuat, dan berharap agar dirinya disambut dengan baik. tidak didamba akannya belaian lembut mahupun layanan istimewa, hanyalah suasana aman dan harmoni

setelah sepurnama sang pemuda mengembara,setelah sekian debu dan batu jalanan diharungi,setelah sekian ragam manusia diterokai,maka pemuda mula merasai tenteram. kesukaran dirasai, tetapi dapat ditangani. alkisah, maka pemuda ditemukan dengan sahabat seperjuangan. sang sahabat mengundang pemuda utk tinggal bersama. maka sang pemuda bersetuju,dan mereka menjadi rapat.

Mereka mengembara bersama ke sepelosok gurun belukar,bertemu manusia yang baik hati dan peramah. tidak kurang yang menolong meringankan beban. sekian lama bersahabat, mereka mengenali semakin ramai sahabat, dan mereka menjadi rapat dalam komuniti yang mesra.

pada suatu senja, setelah ingin pulang daripada mencari ilmu diwaktu pagi dan berkumpul bersama, maka sang pengembara dan sahabat menemani seorang sahabat pulang ke rumahnya. mereka bertiga sampai di tempat dituju. sahabat ke-2 cuba membuka pintu rumah, tetapi bermasalah. hari semakin gelap. cahaya matahari semakin tak kelihatan. dalam menanti sahabat-2 ini,sang pemuda dan sahabatnya melihat2 kawasan sekeliling. tiba-tiba seorang pemuda datang ke arah mereka. kelihatan seperti orang tempatan. dia menghampiri,menghampiri.....semakin dekat...........dekat...........

















GET tHE F*** OUT OF HERE!WHO GIVES YOU PERMISSION TO PARK HERE?!!!



Padahal bukan depan rumahnya pun,pikir aku.mat saleh yg kurang ajar itu nyata sekali seorang yang racist,dan ternyata sangat menyimpan perasaan terhadap 'pendatang2' ini....ya,aku seorang pendatang.aku berada di tmpat kamu.tapi fikiranku tenang,cuma x tahu apa yang hendak dikata.perkara ini telah kujangka sejak sebelum datang sini....

(aku akan gelar mamat tu Wayne,wlpun aku xtau nama dia)

Wayne datang kat tingkap kereta (housemate aku ada kereta), tingkap sblah aku terbukak...tenung kami...dan berkata..

WE DONT WANT U F***ERS HERE...GET THE S**T OUT!

(kemudian menoleh ke arah kawan aku yg msh struggle nk bukak pintu rumah dia)

U HEAR THAT??!!WE DONT WANT YOU F***ERS IN OUR PLACE!GET BACK TO WHERE YOU CAME FROM,F*CKERS!!!, jeritnya....

kemudian dia toleh balik kat aku,dtg kat tingkap kereta semula...housemate aku pasang radio to full volume,then we sped off.

ini adalah kisah benar.




Mari Berdiskusi.

Inilah pertama kali aku betul2 merasa hidup sebagai pendatang ini. walaupun aku yakin yang tahap intelektual aku lebih tinggi drp Wayne (dia drunk,by the way), namun deep down aku sdr yg aku berada di negeri orang.diorg memg ada hak nk rasa cmtu, sbb aku penah rs cmtu gak kat org2 vietnam pekerja kilang kt rawang tu yang berpegang2 tangan.sesama lelaki.kadang2 pegang full,kadang2 cupir2 jari kelingking je berpaut mcm ekor kuda laut...dah,cukup pasal lelaki bpegang tgn.

perasaan insecure tgk orang asing itu satu hal, tp letting it out is another.dan aku x nafikan yg ada kawan2 aku yg benci kat orang india.dan ada gak yg xnk mkn kt mapley sbb dia rs tgn mapley tu kotor.sbb warna gelap ke?

kalau pernah ada perasaan itu antara kita,maka fikir2 balik...manusia dijadikan sama tarafnya,sama darjatnya..yang membezakan hanyalah tahap kemesraan kita dgn Pencipta,sejauh mana kita takut dan taat padaNya.

menurut kengkawan aku,kejadian mcm ni memg common di Launceston ni.dan yg paling kene target ialah male international students.tapi apepun,aku bersyukur. sbb dh seratus org aku jmpa kt sini, semua baik2,dan aku br jumpa sorg yg cmni. so 1:100 is not a bad ratio pun..ada mkcik kedai wholesome kat town nie,pnggil aku 'my dear' everytime aku dtg,dan dia akan bsembang dgn aku....so to be fair to them, aku x rs ini adalah satu norma yang diterima pakai disini.come to think of it,Wayne bertiga, tapi 2 org kawannya berundur masuk ke rumah. So obviously, hny dia yg ada problem jiwa. maybe it's a personal thing, it's not even accepted within his own circle of friends.hmmm....


dan i'm fine,thank you for asking.:-)

p/s : tohmahan dan cobaan oleh orang2 bangsa sndiri masa kat UPM dulu lg teruk drp 'serangan' bngsa asing ni.di upm lbh berbentuk 'personal attack'...;-)

1 comment:

  1. apa nasib kawan kao yg masih berusaha nak bukak pintu tu? seram oo!

    ye, aku juga sudah makin kurang anti terhadap pendatang, seboleh-bolehnya berfikiran +ve terhadap mereka. Aku sudah banyak kali ditolong pendatang indon.

    1st, die bagi free minyak motor yang dia terlebih budget. aku nak bayar tapi die taknak. walau ianya hanya rm3 tapi aku sungguh terharu.

    2nd; waktu aku susah2 nak angkat beg naik jejantas komuter, warga indon jugak yang menghulur bantuan nak tolong angkat beg aku, tapi aku tolak (dgn baiklah) sebab dia adalah seorang wanita yang lebih berumur dr aku, maka aku mungkin akan menyusahkannya kalau aku menerima pertolongannya huh

    eh panjg pulak. siap bukak cerita sendiri.

    kekalkan fikiran +ve terhadap ratio 1:100 tu! go asan go!

    ReplyDelete